Allahyarham Tan Sri P. Ramlee Bukti Melayu Boleh Berjaya

Melayu Boleh


Siapa yang tidak kenal dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, seniman Melayu agung yang masih diingati sehingga kini. Allahyarham P. Ramlee ini merupakan antara contoh bahawa melayu boleh berjaya memandangkan kejayaan beliau yang sangat ulung membuatkan beliau masih diingati sehingga kini.

Allahyarham Tan Sri P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh dilahirkan di Pulau Pinang pada 22 Mac 1929. Beliau menerima pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan seterusnya di Sekolah Francis Light. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Penang Free School sehingga tercetusnya Perang Dunia Kedua. Ketika tentera Jepun menduduki Tanah Melayu, beliau menuntut di Sekolah Tentera Laut Jepun sebelum kembali ke Penang Free School apabila perang tamat.

Filem pertama lakonan beliau ialah filem "Chinta".Beliau memegang peranan sebagai penjahat dan nyanyian latar. Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya membintangi dalam pelbagai filem. Lakonan beliau sememangnya mantap dan sekaligus membuktikan bahawa melayu boleh berjaya dalam bidang lakonan. Buktinya, filem lakonan beliau masih menjadi tatapan rakyat generasi masa kini.

Sumbangan yang diberikan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam bidang seni amat tinggi sekali. Beliau dinobatkan sebagai seniman agung. Malangnya, hayat beliau tidaklah selama mana dan beliau menghembuskan nafas terakhir beliau pada tahun 1973. Pada zaman di mana orang melayu masih di bawah bangsa-bangsa lain, P. Ramlee telah berjaya memberi nafas baru dalam bidang seni apabila membuktikan bahawa melayu boleh berjaya melalui kejayaan yang dikecapi beliau.

Generasi hari ini harus mengambil iktibar daripada kejayaan yang dicapai oleh P. Ramlee ini untuk masing-masing berusaha untuk mencapai kejayaan agar dapat membantu agama, bangsa dan negara. Buktikan bahawa MELAYU BOLEH BERJAYA !

  © Copyright 2009 for SEO Contest Melayu Boleh

Back to TOP