Melayu Boleh - Orang Melayu Di Tronoh

Baru-baru ini saya bersama-sama ahli keluarga saya telah keluar berjalan-jalan di sekitar Tronoh, Seri Iskandar, Taman Maju dan Bandar Universiti. Sambil-sambil mencari perkakas untuk keperluan Universiti, saya juga memerhatikan bahawa kawasan ini sangat padat dengan orang Melayu . Apa yang menarik perhatian saya ialah, kebanyakan kedai dan premis di sini dimiliki oleh orang Melayu.

Saya sangat berbangga kerana orang-orang melayu di sini menunjukkan semangat dalam berniaga. Hampir 90% kedai di kawasan-kawasan ini dimiliki oleh orang Melayu. Lebih menyeronokkan lagi, mereka boleh meneruskan kehidupan walaupun melalui perniagaan kecil. Melayu boleh berniaga walaupun hanya perniagaan kecil.

Orang-orang melayu di sini saya rasa patut menjadi contoh Melayu Boleh kerana berani untuk membuka perniagaan sendiri walaupun hanya perniagaan kecil. Tidak seperti melayu-melayu yang lain yang tidak mempunyai keberanian untuk menceburi bidang perniagaan.

Saya amat berharap sekali kerajaan malaysia dapat memberikan tumpuan kepada orang-orang Melayu di kawasan sekitar Tronoh kerana bagi saya, mereka ini memang layak menerima bantuan dan tidak mustahil kawasan yang bekas lombong ini bakal menjadi satu bandaraya yang besar di masa akan datang. Melayu boleh berjaya

  © Copyright 2009 for SEO Contest Melayu Boleh

Back to TOP